Rabu, 20 Mei 2009

Sekali Sekala Menulis

Kelmarin saya sempat bersembang dengan seorang usahawan muda dari Langkawi, kalau guna istilah Mohd Sayuti Omar (MSO) dia dari Umno Barisan Nasional (UBN), katanya Dato' Nawawi Ahmad ADUN Kuah, Langkawi sekarang ni dah dapat jawatan baru pulak iaitu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Beliau selanjutnya berceloteh, "Dato' Nawawi mengakui bahawa agak sukar bagi BN untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah dari tangan PAS sekarang ni". Dato' Nawawi berkata demikian kerana sifat dan ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh YB Dato' Seri Ust. Azizan Abd. Razak, MB Kedah yang sukar ditandingi oleh Kepimpinan UMNO dan BN. Langkah MB Kedah yang nampak bersahaja menarik minat bukan sahaja dari kalangan orang Melayu malah orang bukan Melayu. Sebagai Contoh, pemberian pingat kebesaran kepada Sami Buddha Negeri Kedah memikat hati penganut agama berkenaan yang terdiri dari Orang Cina dan Siam.
Perjumpaan MB Kedah walaupun singkat semasa Majlis HiTea bersama Kelab Penyokong PAS Langkawi pada 15 Mei yang lalu di Pekan Rabu, Kuah di kawasan Dato' Nawawi sendiri, telah menghapuskan fahaman khurafat sebelum ini bahawa "Pemimpin PAS sukar didekati, hanya tau pakai lebai dan serban serta membuat fatwa haram dan halal saja". Menurut Sdr. Zubir Ahmad, YDP Pas Kawasan Langkawi yang turut berucap di majlis itu, "sebelum ini UMNO dan BN telah menutup pintu dan ruang kepada pimpinan PAS untuk bertemu dengan rakyat khususnya yang bukan Islam secara terbuka. Apabila ruang telah terbuka seperti Majlis HiTea yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Langkawi masyarakat bukan Islam khususnya di Langkawi mulai nampak sikap dan sifat keterbukaan pimpinan PAS".
Mungkin keluhan Dato' Nawawi itu telahpun sampai ke telinga DS Najib PM One Malaysia dan dengan serta merta melantik Chia Sooi Lek, Timbalan Presiden MCA untuk memantau Negeri-negeri yang BN kalah dan diperintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Bagi saya, apa lagi yang rakyat mahukan selain mengharapkan "Kedah Sejahtera Untuk Semua".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan